Wednesday, March 12, 2014

Ramai wanita yang SALAH MANDI WAJIB



WAJIB bagi Muslimah untuk mengetahui perkara ini. [1]- Kes 1: Jika melahirkan anak tanpa darah nifas
(eg: kadang kala tiada nifas jika melalui operation)
wajib mandi wiladah (mandi wajib) dan solat seperti
wanita suci pada kadar kemampuannya seperti duduk
dan baring. Bukan tunggu 60 hari. Jika tunggu 60 hari,
wanita ini berdepan dengan dosa besar iaitu tinggal solat selama 60 hari dan WAJIB QADAR
kesemuanya. ## Kes 2: Kalau keluar wiladah tanpa nifas, kena
mandi wajib wiladah dulu. tak lama selepas tu,
selepas sehari ke dua hari ke, baru keluar nifas, kena
mandi wajib lepas habis nifas tu (tempoh nifas
maksimum 60 hari). [2]- Wanita yang melahirkan anak beserta darah nifas
hanya perlu mandi wajib sekali saja. TIADA istilah
mandi dua kali seperti mandi wiladah kemudian mandi
nifas <-- Tiada qoul yang tepat mengatakan
sedemikian.
Contoh diberi berdasarkan situasi begini seperti yang dijelaskan ulama: ## Sifulan buang air kecil (hadas), kemudian terkentut
(hadas), kemudian bersentuhan dengan bukan muhrim
(hadas) kemudian pengsan (hadas). Berlaku 4 kali
hadas dalam satu masa, cukup sekali wuduk untuk
mennunaikan solat, bukan 4 kali wuduk. [3]- Jika wanita mengalami nifas melebihi 60 hari,
darah yang keluar selepas 60 hari adalah
ISTIHADHAH dan wajib baginya mandi wajib untuk
membolehkan solat seperti wanita suci. [4]-Cara mengenal ISTIHADHAH:
a) Untuk mengenal istihadah dalam nifas adalah
Selepas 60 hari daripada tempoh nifas
b) Keluar darah kurang daripada sehari semalam
(tempoh minimum keluar darah dan dikira haid adalah
sehari semalam) c) Qoul pertama mengatakan 15 hari tempoh haid,
selebihnya adalah Istihadhah.
d) Qoul yang kedua mengatakan tempoh haid antara
6-7 hari, selebihnya adalah Istihadhah.
e) Qoul yang ketiga paling senang iaitu melalui
kaedah Tamyiz (perbezaan) iaitu RASA, BAU & WARNA. Kita gunakan situasi wanita mengalami 20
hari keluar darah: ( Contoh Rasa ):-
7 hari rasa sakit (dikira haid) 13 hari tidak sakit
(istihadhah)
## Contoh Bau:-
7 hari berbau busuk (dikira haid) 13 hari tidak berbau
(istihadhah) ## Contoh Warna:-
Warna yang keluar pada mula yang lebih gelap adalah
HAID,
Warna yang keluar lebih cerah dari asal adalah
ISTIHADHAH.
(Contoh: 7 hari darah hitam adalah HAID, 13 hari darah merah gelap adalah ISTIHADHAH. Contoh lain:
7 hari darah merah cerah adalah HAID, 13 hari darah
coklat adalah ISTIHADHAH) ---> Warna ada 5 jenis iaitu HITAM, MERAH PEKAT,
MERAH CERAH, COKLAT & KUNING. Mazhab
Hanafi lebih satu iaitu HIJAU. [5]-Bagi yang KALI PERTAMA mengalami HAID
seawal umur 9 tahun.
(Guna contoh situasi 20 hari juga) a) 1 Qoul mengatakan 15 hari adalah haid, 5 hari
selebihnya adalah Istihadhah.
b) 1 hari adalah HAID, 19 hari adalah ISTIHADHAH. [6]- Jika mengalami ISTIHADHAH, ada kaedah KHAS
untuk BERWUDUK kerana ia tidak sama seperti
wuduk wanita yang bebas dari Istihadhah.
1 qoul mengatakan wanita yang mengalami Istihadhah
hanya boleh berwuduk selepas masuk waktu apabila
azan dikumandangkan. 1 wuduk untuk 1 solat. a) Adapun jika darahnya keluar terus menerus,
apabila masuk waktu solat (kedengaran azan), perlu
dibasuh dengan suci pada farajnya kemudian tampal
dan terus berwuduk walaupun darahnya tetap masih
mengalir (dimaafkan syarak kerana diluar keupayaan).
Kemudian disegerakan solat. Sah 1 solat dengan 1 wuduk. b) Adapun jika darahnya keluar secara sekejap
sekejap dan dia mengetahui bila tempoh darah
istihadhah seterusnya akan keluar (contoh berhenti
sejam keluar sejam), apabila masuk waktu solat
(kedengaran azan), perlu dibasuh dengan suci pada
farajnya dan tidak perlu menampal pad jika tiada darah keluar pada waktu itu, terus berwuduk
kemudian disegerakan solat. Dalam tempoh
istihadhah tidak keluar, 1 qoul mengatakan boleh
solat melebihi sekali (solat fardhu & solat2 sunat yang
lain) dalam 1 wuduk selagi tempoh tidak keluar
istihadhah seterusnya. Jika keluar, hukumnya menjadi semula seperti contoh diatas. [7]- BAB MANDI WAJIB DARIPADA HAID YANG
BIASA.
Cara nak tahu haid itu sudah kering atau habis bukan
sekadar tengok pada pad tetapi kena memasukkan
secebis kain @ cotton bud ke dalam faraj sedalam/
seluas jari (pandangan ulama sepanjang 2 bahagian tulang pada 1 jari). Sebelum memasukkan perca kain
atau cotton bud, perlu dibasuh faraj terlebih dahulu
kerana khuatir darah2 kering yg melekat di tepian faraj
mengelirukan anda ketika memeriksa haid. Jika
masih ada sebarang kesan warna darah atau warna
kuning atau keruh, tidak harus mandi lagi kerana darah haid belum habis walaupun pada pad sudah
tidak keluar, ia masih dalam haid. Jika tiada warna
maka segeralah mandi junub/wajib. Wanita perlu tahu, jika tidak melakukan perkara
sebegini, PAD tidak memenuhi kaedah dalam syariat
Islamiah untuk mengesan haid yang sudah habis
tempoh. Jika hanya percaya pada pad semata-mata,
anda BERDEPAN dengan DOSA BESAR yakni
meninggalkan solat dengan sengaja. P/S: Untuk nombor [4], "c,d dan e" kesemua Qoul
boleh digunakan. Semoga pencerahan ini jelas untuk difahami semua.
Sekian dari Al-Faqir. Ada salah silap tolong tegur.
Semoga bermanfaat, InsyaAllah..
Rujukan sumber: Rujukan HR Imam al-Bukhari dan
Imam Malik Bab Haid, Hadis Saidatina Aisyah, Kuliah
ngaji kitab dan rujukan dari Ustaz2 lain. ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻞ ﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻟﻪ ﻭﺻﺤﺒﻪ ﻭﺳﻠﻢ
ﺍﻟﻔﻘــــــــﻴﺮ ﺍﻟــﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺃﻋﻠـــــــﻢ .
ﺍّﻣﻴـــــــﻦ

Wednesday, March 5, 2014

10 Permintaan Dan Doa Iblis Yang Dikabulkan Allah SWT


1. Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. Allah berfirman, “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak.
dan janjikanlah mereka, tidaklah janji setan kecuali tipuan.”(QS Al-Isra :64) Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah. 

2. Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan istrinya tanpa berlindung dengan Allah, maka setan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaithan. 

3. Aku minta agar bisa ikut bersama dengan orang yang menaiki kendaraan bukan untuk tujuan yang halal. 

4. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku. 

5. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku. 

6. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku. 

7. Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku. 

8. Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.” Allah swt berfirman, “Orang-orang boros adalah saudara–saudara syaithan.”(QS Al-Isra : 27). 

9. Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku. 

10. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.
Allah menjawab, “silahkan”, dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat.
Sebagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.” Iblis berkata : “Wahai muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikan dan menggoda. Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun…!!! Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.
Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan
sengsara.
Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.” Rasulullah SAW lalu membaca ayat : “Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud :118 – 119) juga membaca, “Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (QS Al-Ahzab : 38) Iblis lalu berkata: “Wahai Muhammad Rasulullah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin mahluk mahluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. dan aku tak berbohong.” Sampaikanlah risalah ini kepada saudara-saudara kita, agar mereka mengerti dengan benar, apakah tugas-tugas dari Iblis atau Syaithan tsb. Sehingga kita semua dapat mengetahui dan dapat mencegahnya dan tidak menuruti bisikan dan godaan Iblis atau Syaithan. Mudah-mudahan dengan demikian kita dapat setidak-setidaknya membuat hidup ini lebih nyaman dan membuat tempat serta lingkungan kita lebih aman.

DOA MEMOHON AGAR DIKABULKAN HAJAT


 ﺍَﻟﻠًّﻬُﻢَّ ﺇِﻧِّﻲ ﺃَﺳْﺄَﻟُﻚَ ﻭَﺃَﺗَﻮَﺟّﻪُ ﺇﻟَﻴْﻚَ ﺑِﻨَﺒِﻴِّﻚَ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ، ﻧَﺒِﻲّ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﺔ، ﻳَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪْ، ﺇﻧِّﻲ ﺗَﻮَﺟَّﻬْﺖُ ﺑِﻚَ ﺇﻟﻰ ﺭَﺑِّﻲ ﻓِﻲ ﺣَﺎﺟَﺘِﻲ ﻫَﺬِﻩِ ... ﻓَﺘَﻘْﻀِﻰ ﻟِﻲ ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺷَﻔِّﻌْﻪُ ﻓِﻲَّ
ﻭَﺷَﻔِّﻌْﻨِﻲ ﻓِﻴْﻪِ Allahumma inni as aluka wa atawajjahu ilaika
binabiyyika Muhammad, nabiyyirrohmah, Yaa
Muhammad, inni tawajjahtu bika ila Robbi fii haajatii
hadzihi (sebutkan hajat) Fataqdhii Lii. Allahumma
syaffi'hu fiyya wa syaffi'nii fiih
. Wahai Allah, sungguh aku memohon pada Mu, dan
menghadap dan mengemis pada Mu demi Nabi Mu
Muhammad (SAW) Nabi Rahmat, wahai Muhammad
sungguh aku menghadap denganmu kepada
Tuhanku tentang hajatku ini ......... maka hingga
engkau mengabulkannya, Wahai Allah jadilah beliau SAW membantuku dan jadikan aku dikelompok
orang orang yg dibantu oleh beliau

Sunday, February 16, 2014

Gadis Mohon Baca

kejadian tak pasti benar, tapi maklumat nya sangat
penting Gadis gadis mohon baca !!! Menurut laporan PDRM, seorang wanita telah dirogol
oleh 6 orang lelaki , pada malam Rabu yg lepas,
sebelum dia ditinggalkan dalam keadaan telanjang
bulat. Wanita tersebut tidak berupaya untuk
mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian
mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan
progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil. Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol
dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex
dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk
“mencuci” haiwan besar. Khabarnya Progesterex
digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah
“Dating” dan rogol. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan
Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa
tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya,
apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam
tersebut. Progesterex amat senang larut dalam
minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan
siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian
air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si
mangsa. Prodesterex asalnya adalah untuk
memandulkan kuda. Mana mana wanita yang
mengambilnya, TIDAK AKAN MENGANDUNG
SAMPAI BILA-BILA. Si durjana perogol, boleh
memperolehi/mendapatkan dadah ini dari pusat pusat haiwan atau mana mana universiti, dan ia
diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di
kampus-kampus. Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang
anda kenali, terutama teman wanita dan gadis
remaja. Berwaspadalah apabila anda keluar, jangan
biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh
orang yang anda percayai!

Friday, February 14, 2014

Tips Elak Curi Rumah

Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga
dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan
diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan
tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga
menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika
tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan
pendinding ayat Al-Quran. Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga
solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir
boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu
kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari
Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir
memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari
kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan
baca tip pencegahan ini. Tips menghalang kecurian. (1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu
seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak
sebagai tebusan). (2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang
terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes
kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis
mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri
bertujuan untuk melindungi diri mereka). (3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah
terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas),
jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut
kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana
mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk
masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya). (4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas
(jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan
ibubapa untuk bersama mereka. (5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam
almari baju (Cara lama ...). (6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case
terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik
untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa
alert). (7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda
suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah. (8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan
asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no
motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan
mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala). (9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang
datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita
bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan
benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada
jiran supaya mereka boleh double check dengan kita. (10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada
di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda
berada di sisi anda ataupun sambungkan satu
extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan
anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda
terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda. (11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan
seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda,
999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini
disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh,
hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda
membuat panggilan telefon. (12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan
kecurian di rumah atau automatik alarm. (13) Lampu porch & lampu belakang rumah
sepatutnya terpasang secara automatik bila malam,
baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti. (14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat
dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu
pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah. (15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat
permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya
ada anggota polis buat rondaan yang kerap di
kawasan anda. (16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau
kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda
perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya
masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan
pencuri). (17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya
pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri
yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu
ada kunci pendua in case berlaku kebakaran. (18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau
baseball di bawah katil anda buat mempertahankan
diri dari pencuri yang ganas. (19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/
alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama
tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang
kita kenal rapat. (20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar
padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama
simpan kunci pendua. (21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda
dengan pekerja asing. (22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu
rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik
lepas 11:00lam).

Sunday, February 9, 2014

AMALAN KUNCI PEMBUKA PINTU REZEKI!! AL – FATIHAH

Sebelum memulai 20 amalan mulia yang akan kita
lakukan, terlebih dahulu diharuskan untuk membaca
Surah Al-Fatihah setiap hari dan diniatkan supaya
dihadiahkan pahala bacaannya seperti di bawah: Ya Allah ya Tuhan KU.....
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada (Nabi
Muhammad) SAW, kedua ibu bapa KU, seluruh umat
Islam (yang hidup & yang telah mati), kepada guru
yang pernah mendidik ku. Ya Allah... berkatilah hidup mereka semuanya,
masukkanlah kami ke syurgamu dan kekalkan kami
di sana, payungilah kami dengan Rahmat MU
kepada kami dari dunia sampai ke syurga, dan
kekalkanlah kami bersama keluarga kami di dalam
syurga-Mu, temukanlah kami semua dengan Nabi Muhammad di syurga-Mu. Ya Allah, aku telah bermohon pada-Mu tuhan
SEMESTA ALAM, makbulkan doaku ini, jika tidak di
dunia Engkau zahirkan, maka makbulkanlah di
akhirat nanti, SESUNGGUHNYA KAU TIDAK
MEMUNGKIRI JANJI.
Amin. Berikut amalan pembuka pintu rezeki : Shalat Hajat 2 Rakaat setelah jam dua belas malam
(antara jam 12 hingga jam 4 pagi)
Baca Alfatihah 114 x
Baca Al-Ikhlas 27 x
Baca Al-Insyirah ( Alam Nasrah ) 17 x
Baca Yaa Hayuu Yaa Qayum birahmatika Yaa Arhamarrahimin 21 x
Dilanjutkan dengan doa memohon rezeki (terserah
pengamal) dengan bahasa yang kita mengerti.
Setelah selesai doa, lalu melakukan shata tahajud 2
rakaat dan di tutup 3 rakaat witir. 20 Amalan Mulia Pasti Membuka Pintu Rezeki Kita Amalan 1.
Selalu Menyempatkan diri beribadah – Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya,
seperti firman-Nya dalam Hadis Qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk
menyembah-Ku, maka Aku akan membuat hatimu
kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak
melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu
dengan kesibukan,
dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim
dari Abu Hurairah r.a.) Amalan 2.
Memperbanyak istighfar - Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa
seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab
Allah merasa sayang pada hamba-Nya,
lalu Allah berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan
dari hamba yang meminta itu. Sabda Nabi
Muhammad s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar, maka Allah
S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya,
menyelesaikan segala masalahnya,
dan memberinya rezeki dari arah yang tidak
disangka.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Abdullah bin Abbas r.a.) Amalan 3.
Meninggalkan perbuatan dosa - Istighfar tidak diterima di sisi Allah jika masih saja
berbuat dosa. Dosa bukan saja membuat hati
menjadi resah, Namun juga akan menutup pintu
rezeki. Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya
rezeki karena dosa yang diperbuatnya.” (Riwayat at-
Tirmizi) Antara perbuatan dosa yang sehari-hari kita lakukan:
- Memandang aurat manusia – Mengumpat secara
berlebihan (termasuk juga melalui media internet
menggunakan papan keyboard)
- Berburuk sangka – Memandang rendah keadaan
orang lain – Merasa diri lebih baik dan utama – buang sampah sembarangan atau keluar dari
kendaraan – dan perkara2 yang anda pikirkan
sebagai sesuatu yang jelek Amalan 4.
Senantiasa ingat kepada Allah - Banyak mengingat Allah membuatkan hati tenang
dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya
Allah berikan kepada orang beriman (yaitu Islam).
Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi
tenteram dengan mengingat Allah . Ingatlah, hanya
dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.” (Al
Quran, Surah Ar-Ra’d, Ayat 28) Antara amalan mengingat Allah yang boleh kita
lakukan:
- sambil kerja sambil berzikir dalam hati (tak mesti
gerakkan mulut)
- banyakkan bersyukur setiap 1 jam (dengan cara
anda masing-masing) - mulakan setiap 1 hal atau aktivitas dengan
Bismillah (kalau anda mampu)
- dan apa saja perbuatan “baik” asalkan pikiran anda
senantiasa mempunyai “connection” dengan Allah
tanpa terjadinya “disconnect” dengan Allah. Amalan 5.
Berbakti dan mendoakan ibu bapa - Dalam hadis riwayat dari Imam Ahmad, Nabi
Muhammad s.a.w. berpesan, agar siapa yang ingin
panjang umur dan ditambahkan rezekinya, hendaklah
berbakti kepada ibu bapaknya dan menyambung tali
kekeluargaan. Nabi Muhammad s.a.w. juga
bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapaknya, maka
kebahagiaanlah buatnya,
dan Allah akan memanjangkan umurnya.”
(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan
al-Hakim) Mendoakan ibu bapak juga menjadi sebab
mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada
kedua orang tuanya,
niscaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. “
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami) Amalan 6.
Berbuat baik dan menolong orang yang lemah - Berbuat baik kepada orang yang lemah, termasuk
juga menggembirakan dan membahagia orang tua,
orang yang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga
isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi
Muhammad s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki,
melainkan karena orang-orang lemah di kalangan
kamu.”
(Riwayat Bukhari) Amalan 7.
Tunaikan atau Penuhi Kebutuhan orang lain - Menunaikan atau memenuhi kebutuhan atau
keinginan orang, menjadi sebab Allah melapangkan
rezeki dalam bentuk yakni terpenuhinya hajat atau
keinginan kita sendiri,seperti sabda Nabi Muhammad
s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka
Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat
Muslim) Amalan 8.
Banyak bershalawat - Ada hadist yang menganjurkan bershalawat jika hajat
atau cita-cita tidak tertunai, kerana shalawat itu
dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan,
shalawat itu dapat menghilangkan kesukaran serta
meluaskan rezeki, shalawat itu dapat menyebabkan
terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam. Amalan 9.
Buat kebajikan sebanyak-banyaknya - Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu
memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki,
kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang
lain. Manakala kejahatan pun bisa menggelapkan
rupa,
menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki & makhluk lain mengutuknya. “ Amalan 10.
Beraktivitas Sepagi mungkin – Menurut Nabi Muhammad s.a.w., berpagi-pagi
(memulai aktiviti harian sebaiknya selesai solat
Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat. Amalan 11.
Menjalin silaturrahim - Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan
dilambatkan ajalnya,
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudarany
a. “
(Riwayat Bukhari) Amalan 12.
Membiasakan selalu dalam keadaan berwudhu’ - Seorang Arab badui menemui Nabi Muhammad
s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa
perkara termasuk minta dimurahkan rezeki
Nabi Muhammad s.a.w. pun bersabda: “Senantiasalah berada dalam keadaan bersih (dari
hadas) niscaya Allah akan memurahkan
rezeki.” (Diriwayatkan dari Sayyidina Khalid al-Walid) Amalan 13.
Bersedekah - Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi
sebab Allah membuka pintu rezeki? Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-
Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahwa kunci rezeki hamba itu
ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap
hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang
membanyakkan pemberian kepada orang lain,
niscaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa
yang menyedikitkan, niscaya Allah menyedikitkan
baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.) Amalan 14.
Membiasakan diri untuk solat malam (Solat Tahajud)
- Hadits menunjukkan bahwa amalan solat tahajjud
memudahkan manusia untuk memperoleh rezeki,
menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan
dihormati orang serta doanya dimakbulkan oleh
Allah . Amalan 15.
Membiasakan Solat Dhuha - Waktu Solat Dhuha
- adalah 28 menit selepas waktu syuruk
- waktu syuruk = waktu terbit matahari
- waktu maksimum Dhuha ketika kurang lebih 15
menit sebelum masuk waktu dzuhur Solat Dhuha lazimnya dilakukan disaat manusia
sibuk dengan urusan dunia. Amalan ini mempunyai
rahasia tersendiri yang Luar Biasa.
Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas
mengerjakan 4 rakaat pada waktu permulaan siang
(solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan
keperluanmu pada petang harinya.”
(Riwayat al-Hakim dan Thabrani) Amalan 16.
Bersyukur kepada Allah - Syukur artinya mengakui segala pemberian dan
nikmat dari Allah .
Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, niscaya akan
Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu
kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.”
(Al-Quran, Surah Ibrahim, Ayat 7) Allah berfirman lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-
orang yang bersyukur.”
(Al-Quran, Surah Ali Imran, Ayat 145) Amalan 17.
Amalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran tertentu - Zikir dari ayat-ayat Al-Quran atau Asma’ul Husna (99
Nama Allah)
selain dapat menenangkan hati manusia, malah
dapat menjernihkan perasaan dan melunakkan hati. Amalan berzikir mengandungi fadilah khusus untuk
- keluasan ilmu
- terbukanya pintu hidayah,
- dimudahkan untuk memahami agama,
- diberi kemanisan iman
- dan dilapangkan rezeki. Misalnya, 2 ayat terakhir Surah at-Taubah (ayat
128-129)
jika dibaca secara rutin 7 kali selepas solat fardhu,
dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan
kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha
Membukakan)
dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu
rezeki jika dibaca selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang,
diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,
bukalah pintu rahmat dan pengampunan-Mu, ya
Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca
Surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan
ditimpa kefakiran & kemiskinan selagi dia hidup di
dunia ini. Wallahu a’lam. Amalan 18.
Berdoa - Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan
Allah, bergantung dan mengharap pada rahmat dan
pemberian dari-Nya. Dalam Al-Quran, Allah suruh
kita meminta kepada-Nya, niscaya Dia akan
kabulkan. - tanggungjawab manusia untuk selalu berdoa
kepada Allah (jangan berhenti dari amalan ini )
- kehendak Allah untuk memakbulkan apa saja
permintaan manusia
- gabungkan formula doa ini dan berdoa di waktu
mustajab (pukul 2~3 tengah malam) Inilah buktinya… Allah berfirman lagi: “…dan tuhanmu berfirman, berdoalah kepada-Ku,
niscaya akan Ku-perkenankan bagimu…” (Al-Quran,
Surah Ghafir, Ayat 60 ) Amalan 19.
Berikhtiar setelahnya - Siapa yang berusaha, dia akan dapat. Ini
sunnatullah.
Dalam 1 hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan
dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak
dicintai-Nya, tapi nikmat agama Islam hanya Allah
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) Bagi orang Islam yang beriman, tentulah dia perlu
mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada
murah rezeki dalam ruang lingkup yang lebih luas.
Misalnya, Agar tenang saat membaca Al-Quran,
hendak dapat anak yang baik sehingga dididiknya
sejak anak dalam kandungan, hendak sehat maka dijaganya konsumsinya dan memakan makanan
yang baik dan halal, hendak dapat tetangga yang
baik maka dia sendiri mesti berusaha jadi baik,
hendak dapat jodoh yang baik dia sendiri kena jadi
baik terlebih dulu, hendak rezekinya berkat maka
dijauhinya dari sumber yang haram, dan sebagainya. Amalan 20.
Bertawakkal - Dengan tawakal, seseorang itu akan dikaruniakan
rasa kaya oleh Allah .
Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , niscaya
Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Al Quran,
Surah At-Thalaq, Ayat 3) Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan
sebenar-benar tawakal, niscaya kamu diberi rezeki
seperti burung diberi rezeki, ia pada waktu pagi hari
lapar namun petang hari ia telah kenyang.”
(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu
Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.) Kesemua 20 amalan mulia yang telah disebutkan
diatas, adalah amalan-amalan yang membawa
kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan memberi; “jalan keluar (dari segala perkara yang
menyusahkan) ,
dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas
di hatinya.”
(Al-Quran, Surah At-Talaq, Ayat 2~3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki
dalam artikata yang sebenarnya, kuncinya adalah
berbuat amalan-amalan ketakwaan.
Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih
sayang Allah,
lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Selamat Beribadah....semoga amalan-amalan ibadah
kita diterima oleh Allah, supaya kita semua dapat
berjumpa di SYURGA yang kekal selamanya……
Amin.

Saturday, February 8, 2014

Minyak Dagu

Tanda-tanda terkena sihir minyak dagu mengikut
pengalaman perawat: - Perasaan benci berubah menjadi sayang yang
melampau. -Patuh kepada seseorang secara membuta tuli. -Suka menyendiri dan sering murung. -Sentiasa sakit seluruh anggota badan yang doktor
tidak dapat mengesahkan apa sebabnya. -Sering pening dan sakit kepala (kemuncaknya
apabila bulan mengambang penuh). - Pesakit benci kepada keluarganya sendiri seperti
suami, isteri, adik beradik, ibu bapa tanpa sebab. -Tidak kenal ahli keluarga sendiri. -Sanggup melawan keluarga apabila tidak dapat
bertemu dengan penyihir minyak dagu. -Selalu terbayang muka penyihir (apabila pesakit
melihat bulan penuh akan terbayang rupa penyihir itu
di bulan seperti pungguk rindukan bulan). -Nafsu membuak buak terhadap penyihir. -Jin minyak dagu sentiasa menyerupai penyihir dalam
mimpi, kadang kadang menjelma di hadapan pesakit
tersebut. -Sensitif dengan azan dan bacaan Al-Quran Tanda Tanda Dalam Mimpi -Mimpi kucing. -Mimpi anjing hitam. -Mimpi ular yang ganas mematuk pesakit. -Mimpi gereja dan tokong -Mimpi berada di tempat kotor. -Mimpi tukang sihir. Kaedah Yang Di Gunakan Untuk Menggenakan
Minyak Dagu Pada Mangsa -Di calit pada baju, buku, tombol pintu rumah dan
pemegang pintu kereta, di campur dengan wangian, di
campur dalam makanan, di sapu pada anggota badan
terutama tempat nadi aliran darah. Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang
menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman
dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang
yang zalim selain kerugian. (Al-Isra’ 81-82) Wallahu alam.

Friday, February 7, 2014

Ubat tak dapat tidur

Dinamakan Amalan Peluruh karena siapa saja yg terkena Serangan IMSOMANIA (tidak dapat tidur) baik dari gangguan Psikologi atau Beban Pikiran, Maupun gangguan Dari ENERGI NEGATTIF.

Caranya adalah Sbb:
~ Carilah Pucuk Daun Asam Belimbing sebanyak 7 Tangkai.
~ Setelah itu Rebuslah dengan Air 2 Gelas sampai Mendidih, hingga
tinggal 1 gelas.
~ Lalu bacakanlah Do'a Kuncinya Yaitu Ayat Kursy 7x, (kalau Bisa Tahan
Nafas satu-satu Kali bacaan) Setiap selesai 1 x Bacaan, Tiupkan Ke Air
tersebut.
~ Lalu Minumkanlah Pada Orang yg terkena serangan SULIT TIDUR.
~ Namun Dahulukanlah membaca Al-fatihah 1x, dan Sholawat 3 x. Baru
Minumkan air Tersebut.

Saya pernah Melihat langsung kejadian Orang yg Terkena serangan ini, Hingga Tidak dapat Tertidur hingga beberapa Malam lamanya, Jangankan Tertidur atau terlelap...Terpejam saja beberapa detik tidak dapat dilakukan. Dan Demi ALLAH Setelah meminum Air PELURUH ini, Langsung seperti Orang PINGSAN, dalam arti Kata (TIDAK DAPAT MENAHAN KANTUK YG SANGAT DALAM). dan setelah Bangun 3-5 jam, badan Rasanya segar dan kuat.
Amalan ini juga dapat anda lakukan Pada Orang Yg terkena Gangguan PIKIRAN, apakah itu Stress, suntuk, selalu Bosan, atau dalam bahasa Gaulnya lagi GALAU. baiklah hanya itu yg dapat saya bagikan buat anda semuanya, Saya Ijazahkan dan ikhlaskan buat anda lakukan menolong Orang, smoga ALLAH meridhoi dan mengabulkanya Amiin.

ini contoh Asam blimbingnya.........

Bermuda segi tiga

Ada hadist yang diriwayatkan Abu Hurairah bahwa
Rasulullah SAW telah bersabda : "Apabila salah seorang berada ditempat yg terbuka atau ditengah matahari sedang
bersinar, lalu bayangan yg meneduhinya
bergerau sehingga sebagian dari dirinya
terletak ditempat panas dan sebahagian lagi di
tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau
meninggalkan tempat itu" dikatakan larangan ini
kerana kawasan seperti yang disabdakan oleh
baginda dalam hadisnya adalah tempat yang paling
digemari oleh Syaitan.Jadi apa kaitannya dengan
SEGITIGA BERMUDA??? Alasannya kerana bermuda
terletak di perairan atlantik di pertengahan antara benua Amerika bagian utara dan Afrika.Secara
mudah lokasi ini adalah kawasan pertembungan
dua arus panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika
Utara. Dengan hadis ini maka terungkailah misteri
segitiga bermuda.Peristiwa dan kejadian aneh
yang terjadi itu tentu antara lain disebabkan
pertembungan antara panas dan sejuk dan istana
Syaitan yang mungkin tersembunyi disitu. Ada sebuah buku yang berjudul "Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segitiga bermuda" Karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari
Mesir,bahwa kawasan bermuda adalah kawasan Jin
dimana dari situlah akan munculnya Dajjal. Menurut Syaikh Imam M. Ma'rifatullah Al-arsy, segitiga bermuda merupakan tempat titik
terhujung di dunia ini. Ditengah kawasan itu
terdapat sebuah telaga yang airnya dapat
membuat siapa saja yg meminumnya menjadi
panjang umur, ditempat itu pula Nabiyullah Khidir
A.S bertakhta sebagai penjaga sumber air kehidupan tersebut.Syaikh imam M. Ma'rifatullah
Al-arsy berkata kalau penyelamat akhir Zaman
iaitu Imam Mahdi akan keluar dari ghaibnya melalui tempat tersebut (segitiga bermuda ) dengan
menggunakan jubah suci berwarna kebiruan. Namun persoalan yang menjadi misteri sehingga
kini ialah Apakah penyebab kapal, pesawat, kapal terbang, atau apa jua yang melintasi kawasan misteri ini lenyap tanpa dapat dikesan ? Menurut Syaikh Imam M lagi,  iblis dan
Syaitan tidak mampu mendekati pusat kawasan SEGITIGA BERMUDA, maka iblis dan syaitan ini pun berjaga disekelilingnya dan bertujuan
untuk menghalang setiap manusia yang mencuba
untuk memasuki kawasan SEGITIGA BERMUDA. Kerana sesungguhnya sesiapa yang mampu sampai
ketempat titik tengah kawasan segitiga bermuda,
maka dia akan mengetahui kebenaran alam yg
sesungguhnya.Banyak orang zaman dahulu yang
telah mencuba kepusat SEGITIGA BERMUDA dan kebanyakan dari mereka enggan untuk kembali
pulang kedunianya. Menurut sebuah catatan kuno, Raja Iskandar
Zulkarnain pernah mencuba memasuki ke kawasan
misteri itu.Dan sekembalinya mereka mengatakan
bahwa tempat itu berpasirkan permata dan
berbatukan berlian.Tempat yang dipenuhi dengan
kabut putih tebal itu sangat indah untuk dipandang tapi sangat berbahaya untuk di datangi.
wallahualam .

Amalan pinang cepat

Tuliskan surah Al Fajr pada pinggan putih dengan menggunakan zaafaran Ambil sedikit air hujan untuk dilarutkan surah Al Fajr tersebut Airnya digunakan sebagai pengaduan daun inai yang telah digiling. Pakai inai tersebut. Insya ALLAH, dengan sedikit usaha kita yang serba lemah ini, ALLAH akan memberi pertolongan kepada kita.

Amalan ikat hati suami dan isteri

Malahan, amalan ini boleh diamalkan sekiranya pasangan rumah tangga bergaduh sakan. Pada masa ini,
mungkin si isteri tiba2 dikurniakan kekuatan luar biasa yang mampu mengangkat tong gas seberat 15 kilo
ke arah si suami. Manakala si suami pula mungkin juga mempunyai nafas-nafas naga sakti untuk
menghembus api kemarahan ke arah anak bini sampai anak lari panjat pokok rambutan , bini lari
menyorok kat tempat tong gas. Jika anda adalah orang yang berhadapan dengan masalah-masalah begini, maka amalan ini adalah sesuai
untuk anda semua.

1. Al-Baqarah:165 2. 
2. Ali-Imran:14 

Sebelum membaca ayat2 alquran tersebut haruslah diniatkan kepada orang yang ingin dituju : “Ku niatkan membaca petikan surah Al-Baqarah ayat 165 dan surat Ali-Imran ayat 14 ini supaya suamiku
“Si polan bin Si polan” cinta-kasih-sayang dan rindu pada ku kerana Allah Ta’ala. Baca 10 kali selepas
solat suboh dan maghrib” Perkataan “suamiku” boleh ditukar mengikut kesesuaian.

Ayat terpancut air mani

Inilah ayat ketika nak terpancut air mani ketika
bersetubuh suami isteri. 

“ ALLAHUMMAJ ‘AL LA NUTH FATANAA
DZURRIYYATAN THOYYIBATAN”

 (Ya Allah, jadikanlah Mani kami ini menjadi Keturunan
Yang Baik )

Ayat minta berkat wang

Ayat ini adalah rahsia amalan para ulamak dahulu kala
agar wang yang dimiliki tidak pernah kekeringan.
Sering saja rezeki yang tidak terdugaa akan
mendatang sebaik saja wang hampir kekeringangan.
Jika doa ini diamalkan menurut tertip yang dianjurkan
Insyaallah anda tidak pernah kehabisan wang. Doanya;
Bismilahirahmanirahim muhammadun Rasulullahi
shallallahu alaihi wassalam, ahmadur Rasulillahi
shallallahu alaihi wassalam. Waktu dibaca;
Dibaca pada malam jumaat terakir di bulan Rejab
sebanyak 35 kali.

Ayat Pendinding

Pendinding benteng diri anda dari
gangguan jin dan syaitan Jin sememangnya makhluk ciptaan Allah yang
sentiasa ada di sekeliling kita. Tidak perlu kita untuk melihatnya. Tidak perlu juga
untuk kita mengada-ngada untuk menjengok ke alam
mereka. Mereka ini sememangnya mahu menggoda,
memperdaya dan memesongkan tujuan sebenar anda
berada di atas muka bumi ini. Anda tentu pernah mendengar pelbagai cerita
tentang gangguan makhluk halus ini di kaca tv ni,
kan? Siap ada filem lagi. Percaya kepada benda-benda ghaib Salah satu dari rukun iman yang kita pelajari adalah
mempercayai benda-benda ghaib. Jin termasuk
dalam kategori ini seperti malaikat, syurga, neraka,
dosa, pahala, Allah dan sebagainya. Jin-jin ini ada yang Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi
dan sudah tentu Muslim. Kehidupan mereka sama
seperti manusia; ada rumah, anak-pinak, berkeluarga
dan sebagainya. Jin Muslim akan berkelakuan seperti manusia
Muslim. Jin kafir berkelakuan seperti manusia kafir.
Hanya alam sahaja membezakan dua makhluk Allah
ini. Jin tidak akan dapat menembusi dunia 4 dimensi
manusia ( 3 dimensi ruang dan 1 ruang masa)
sekiranya laluan antara 2 alam ini tidak dibuka. Dunia
mereka sangat berbeza dengan dunia manusia.
Struktur fizikal dan persepsi mereka melangkaui dari
apa yang boleh diterjemahkan oleh otak kita. Sebab itulah jika anda dengan sengaja atau tidak
sengaja ternampak entiti ini, anda akan berasa takut
dan gerun dengan wajah mereka yang hodoh dan
mengerikan. Muka mereka tidaklah sekacak Aaron
Aziz atau secantik Neelofa. Muka mereka sangat
hodoh dan menakutkan! Eeeerr… Oleh itu, anda memerlukan perlindungan.
Perlindungan dari diganggu oleh makhluk halus ini. Adakah anda memerlukan perisai yang diperbuat dari
besi dan logam-logam terpilih yang ditempa oleh
tukang besi?
Perlukah anda menempah senjata canggih dari
syarikat yang berpengkalan dari Amerika Syarikat
untuk memerangi jin dan syaitan ini? Tak perlu semua itu… malah kalau anda nak cuba
juga, jin dan syaitan ini mungkin akan gelakkan anda
nanti. Jadi, apa sebenarnya perisai yang mampu
digunakan? Tidak lain hanyalah dari kalam suci yang
telah diturunkan oleh Allah iaitu al-Quran. Benteng Diri Anda Dengan Ayat-Ayat Pendinding Ini Terdapat beberapa ayat dan surah yang anda boleh
amalkan. Jadikannya sebagai amalan harian dan
istiqamah dengan apa yang dibaca : Surah al-Fatihah – Ummul Kitab. Juga dikenali
sebagai penawar seribu guna. Anda boleh
melazimkan diri untuk membaca al-Fatihah sebanyak
7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Tetapkan juga
niat agar Allah S.W.T membantu anda melindungi diri
dari gangguan jin dan syaitan. Al-Mu’awwizat – tiga surah yang sering dipanggil
ramai sebagai surah 3 Qul. Ia terdiri daripada Surah
al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. Ia adalah
amalan Rasulullah sebelum baginda tidur pada setiap
malam. Kelebihan surah-surah ini adalah sebagai
ayat-ayat pendinding dari gangguan jin dan syaitan sehingga anda bangun dari tidur.
Ayat Kursi – amalkan membaca Ayat Kursi dari Surah
al-Baqarah ayat 255 ini sebagai pendinding diri dan
juga perlindungan kediaman dan harta benda. Lebih
afdal jika anda mengamalkannya selepas solat Subuh
dan Solat Asar. Surah Yaasin ayat 1 hingga 9 – sering dikaitkan
sebagai hati al-Quran malah banyak hadis dari
Rasulullah yang membicarakan kelebihan yang ada
pada surah Yaasin ini. Ia boleh dibaca sebagai
benteng dan pendinding untuk kediaman. Terdapat banyak lagi ayat-ayat dari al-Quran yang
anda boleh amalkan. Anda juga boleh menggunakan
minyak wangi seperti minyak kasturi kerana jin
sememangnya tidak suka bau wangi. Jin dan syaitan tidak lagi berani mendekati anda.
Mereka lari lintang pukang sebab anda bukan sahaja
membaca ayat-ayat pendinding ini, malah anda
mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Insya-
Allah.

KUNCI KURSI

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam setelah
Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan
disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai
penghantarnya, karena kebesaran dan
kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu pertanda yang menjadi perintang dalam
perjuangannya.
Rasulullah s.a.w segera memerintah kepada penulis
Al-Quran yaitu Zaid bin Thabit agar segera
menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sekitar 95 buah hadist yang menjelaskan Fadilah Ayat Kursi. Sebabnya ayat ini
disebut ayat KURSI karena di dalamnya terdapat
perkataan KURSI, artinya tempat duduk yang megah
lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan
KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan. Dalam pandangan Ahli kebathinan, Ayat Kursi
disebut-sebut pula dengan istilah Ummul Ilmi atau
induknya ilmu. Sedangkan menurut Ahli Hikmah
menyebut Ayat Kursi sebagai Ummul Mahabbah
atau induknya pengasihan. Sedangkan yang terakhir
menurut Ahli mistik kejawen, mereka menyebut Ayat Kursi dengan istilah Segoro Ilmu atau lautnya
ilmu.Memang, dengan banyaknya manfaat yang
terkandung dalam ayat Kursi, maka tidak heran bila
sejak zaman dahulu kala hingga sekarang ini para
ahli kebathinan berlomba ingin mendapatkan intisari
kekuatannya. Ilmu Ayatul Kursi ini punya sanad muttasil atau garis
silsilah turun temurun yang tetap dijaga, sehingga
dengan kemuttasilannya, Ilmu Ayatul Kursi menjadi
salah satu ilmu paling mustajabah di muka bumi.
Pertama kali amalan ini diterima oleh baginda
Rasulullah SAW, lalu Beliau mengijazahkannya pada Nabiyullah KHidir AS. Khidir mengijazahkannya
kepada tiga orang Quthbul Mutlak, yakni Syeikh
Abdul Qodir Al Jaelani, Syeikh Abil Qosim Al
Bagdadi, dan Syeikh Abu Hasan Assyadzili.
Syeikh Abdul Qodir Al Jaelani mengijazahkan secara
ruhaniyyah kepada Syeikh Syarief Hidayatulloh dan Mbah Kuwu Cakra Buana. Syeikh Syarif Hidayatulloh
akhirnya mengijazahkan kepada putranya, Pangeran
Cirebon dan seterusnya. Khasiat Ayat Kursi: Siapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah
setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi
dan petang, setiap kali masuk kerumah / kepasar,
setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir,
insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan
kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan
binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya
dan keluarganya, anak-anaknya, hartanya, rumahnya
dari kecurian, kebakaran dan tenggelam.
Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah,
barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali,
inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan
dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan
rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan
kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan
kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah
seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a,
membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali)
setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Barang siapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-
katanya (50 kali), ditiupkan pada air hujan kemudian
diminumnya, maka insyaallah tuhan mencerdaskan
akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran
yang dipelajari.
Barang siapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan
dosanya. Barang siapa yang membacanya ketika
hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan
barang siapa yang membacanya ketika ia marah,
maka akan hilang rasa marahnya.
Syeikh alBuni menerangkan: Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya
(170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi
pertolongan dalam segala hal dan menunaikan
segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya,
diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan
diberikan apa yang dibutuhkannya. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak
tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang
menjaga selama tidurnya sampai pagi.
Abdurahman bin Auf menerangkan bahwa, ia apabila
masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat
penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
Dapat Mengaburkan Pandangan Musuh,Cara
mengamalkannya, buatlah garis lingkaran seraya
bacalah ayat Kursi sebanyak 7x, kemudian
masuklah ke dalam lingkaran itu, niscaya pandangan
musuh menjadi kabur tidak bisa melihat orang yang ada dalam lingkaran, sehingga orang yang berada di
lingkaran itu selamat dari ancamannya,Syeikh Buni
menerangkan: barang siapa yang takut terhadap
serangan musuh hendaklah ia membuat garis
lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca
ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah
musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50x,
atau sebanyak 170x, insyaallah musuh tidak akan
melihatnya.
Dapat Menyembuhkan Penyakit Gila/Ayan Untuk
sakit gila cara mengamalkannya, ayat Kursi dibaca sebanyak 33x pada   ubun-ubun orang yang sakit
gila itu seraya dihembus-hembuskan. Insya Allah
lekas sembuh. Bila belum ada perubahan lakukanlah
berulang-ulang ketika matahari akan terbit dan ketika
akan terbenam.Sedang untuk sakit ayan cara
mengamalkannya, ambillah segelas air lalu bacalah ayat Kursi sebanyak 90x, dan tiap kali bacaan
tiupkan pada gelas itu, kemudian diminumkan pada
orang yang sakit ayan. Insya Allah akan lekas
sembuh. Jika belum berhasil lakukanlah berulang-
ulang, dengan sabar dan dengan keyakinan yang
penuh. Dapat Mendatangkan Keselamatan Dalam
Perjalanan,Cara mengamalkannya, bacalah ayat
Kursi sebanyak 3x sebelum anda berangkat dalam
suatu perjalanan. Insya Allah dalam perjalanan anda
nanti selalu dalam perlindungan-Nya sehingga tidak
akan menemui kesulitan dan kesukaran sampai anda pulang kembali.
Dapat Mendatangkan Segala Macam Hajat. Cara
mengamalkannya, bacalah ayat Kursi 99x sesudah
shalat Hajat 2 rakaat pada tengah malam. Kemudian
berdo'alah kepada Allah dengan menyebutkan hajat
yang dimaksud. Insya Allah dalam waktu dekat apa yang dihajatkan itu akan segera terkabulkan.
  Dapat Menghilangkan Dosa-Dosa Kecil,Cara
mengamalkannya, bacalah ayat Kursi secara rutin
pada setiap selesai shalat fardhu, maka faedahnya
dapat menghilangkan dosa-dosa kecil, kecuali dosa-
dosa yang berhubungan dengan sesama manusia dan insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan
sampai sholat berikutnya.
Dapat Membentengi Diri dari Gangguan SyetanCara
mengamalkannya, bacalah ayat Kursi sebanyak 7x
sebelum anda mengerjakan sesuatu perkara niscaya
Allah akan melindungi anda didalam mengerjakan sesuatu itu dari gangguan syetan.
Dapat Menghindarkan Gangguan Orang ZalimCara
mengamalkannya, bacalah ayat Kursi pada
permulaan siang dan permulaan malam. Lakukanlah
bacaan ini sebagai amalan rutin, Insya Allah akan
terjaga dari maksud jahat orang zalim, karena selalu dalam perlindunganNya. Disamping itu syetan pun
tidak berani menggangu.
Dapat Menyembuhkan segala penyakitCara
mengamalkannya, tulislah ayat Kursi pada kertas
yang putih, kemudian dilebur dengan air suci, lalu
airnya diminumkan pada orang yang sakit. Lakukanlah berulang-ulang dengan harapan
penyakitnya lekas sembuh. Insya Allah dengan jalan
yang demikian ini, penyakit yang dideritanya akan
segera sembuh.
Dan masih banyak yg lainnya……
Demikianlah diantara keutamaan dan khasiat ayat Kursi. Dimana ayat Kursi adalah bacaan yang ampuh
untuk membentengi diri dari berbagai macam godaan
dan musibah. Karena dengan dibacanya ayat kursi,
Allah memberikan perlindungan terhadap diri
pembacanya. Kunci dari AYAT KURSI
Banyak cerita katanya kalau ada orang yg
kesurupan, lalu dibacakan AYAT KURSI tapi orang
yg kesurupannya juga ikut membaca. Nah kalau
terjadi kasus seperti ini pas ayat terakhir coba
dibaca dengan TAHAN NAPAS yaitu diayat "WALAA YAUDUHU HIFZHUMUMA WAHUAL ALIYYUL
AZHIEM" pasti jin tidak akan bisa mengikuti karena
kelemahan jin adalah tidak bisa tahan napas dan
ayat terakhir itu adalah inti dari Ayat Kursi. Lalu
tiupkan ke telinga kanan/kiri atau bisa juga ke ubun2
kepala (tengah-tengah kepala atas). Tahan napas pada ayat terakhir juga efektif untuk
mengusir, membakar dan menghancurkan Jin. Tahan
napas bisa diulang dalam hitungan ganjil 3,5,7,11
atau lebih. Sekian dulu pembahasan"Khasiat dan Karomah Ayat
Kursi",bila ada kekurangan saya mohon ma'af,karna
saya hanya manusia biasa.

Amalan Asma Sirrul Ghaibiyah

Hanya orang yang berilmu, beriman dan bertakwa saja cuma mampu kawal
ilmu ni. Orang yang mengamalkan asma sirrul ghaibiyah ni akan melihat perkara perkara yang tak
terungkap oleh dek akal. Seperti alam ruh, alam arwah dan alam ghaib. Mana yang tidak berilmu, dia tak
mampu lagi untuk membezakan mana dunia nyata dan dunia ghaib. Dan ruh ilmu asma sirr ni tak suka pada orang yang jahat. Awas, kalau tetap mengamalkan sekiranya diri
suka berbuat dosa. Jadi, kat bawah ni adalah tatacara asma sirrul Ghaibiyah :- BISMILLAHIRROHMANIRROHIM, YA ALLAH YA HAYYU YA QOYYUM, IKSYIF LII ‘AN KULLI
SIRRI MAKTUUM, YA ALLAH YA BAARI;U YA FATTAAH, IFTAH ALAINA SIRRUL GHOIBI LA
ILAAHA ILA ANTAL MU’THI 

Baca ayat di atas ni sebanyak 313 kali setiap lepas maghrib dan subuh Untuk mempercepatkan proses penyerapan, berpuasa sebanyak 7 kali tanpa makan mkanan
bernyawa Selesai sudah asma Ghaibiyah

Thursday, February 6, 2014

BASAHKAN LIDAHMU DENGAN SELAWAT... ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAIYYIDINA MUHAMMAD

Diantara kelebihan berselawat bagi umatnya
Rasulullah s.a.w... Dikhabarkan syurga :
Sabda Rasulullah s.aw., ertinya: "Siapa yang
berselawat atasku 1000 kali tiada mati ia hingga
digembirakan (dikhabarkan) baginya dengan
syurga (yang akan dimasukinya)." Tersingkap Hijab dan dimakbulkan doa :
Diriwayatkan oleh Sayidina Ali kw, sabda
Rasulullah s.a.w, ertinya: "Tiada suatu doa kecuali
diantara yang berdoa dengan Allah terdapat satu
hijab(penghalang), hingga yang mendoakan itu
membaca selawat untuk Muhammad, kalau hal itu dilaksanakan, makan tersingkaplah hijab itu dan
dikabulkan doanya." Seluruh makhluk berselawat ke atas orang yang
berselawat :
Dari Ibnu Mulqin r.a, sabda Rasulullah s.a.w,
ertinya: "Barangsiapa berselawat ke atasku,
berselawatlah malaikat ke atasnya. Dan
barangsiapa para malaikat berselawat atasnya, tidak tinggal sesuatu dari langit yang tujuh, bumi,
laut, tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang
ternakan melainkan berselawat atasnya (yang
berselawat itu.)" Dapat pembelaan dari para malaikat :
Sabda Rasulullah s.a.w, ertinya: "Telah datang
kepadaku para malaikat Jibril, Israfil, Izrail dan
Mikail as. Maka Jibril berkata: "Ya Rasulullah!
Barangsiapa membaca selawat atasmu sebanyak
10kali, maka aku akan bimbing tangannya dan bawa dia di atas jambatan (Siratul Mustaqim).
Mikail berkata: "Aku akan sujud kepada Allah dan
tidak akan mengangkat kepala ku sehingga Allah
mengampuninya. Izrail pula berkata: "Aku akan
cabut rohnya sebagaimana aku mencabut roh para
nabi as." Dikenali kerana banyak selawat
Sabda Rasulullah s.a.w, ertinya: " Sungguh akan
dikembalikan ke telagaku esok di hari kiamat
suatu kaum yang aku tidak mengetahui mereka
kecuali kerana mereka banyak membaca selawat
untukku." Ayuh, tingkatkan mahabbah kita kepada
Rasulullah s.a.w..

Amalan khas untuk hari Jumaat

 Alhamdulillah, amalan ini Allah masih izin untuk
istiqamah. Alhamdulillah , hasilnya terbukti. ******************* Bacalah surah : 1) al-Fatihah
2) al-Ikhlas
3) al-Falaq
4) an-nas Setiap satu surah di baca 7 kali. Masa membacanya? Selepas solat Jumaat (sebelum mengubah
kedudukan). Manfaatnya? Dengan izin Allah, diampunkan dosa-dosanya,
terpelihara dan aman sehingga Jumaat akan datang
dan dilimpahkan rezeki yang tidak terhingga.

MAKHLUD HALUS

Persoalan ini memerlukan kepada kesedaran asas bahawa alam ini tidak hanya didiami oleh manusia
atau makhluk-makhluk zahir sahaja, malah Allah menjadikan alam ini sebagai tempat tinggal makhluk
yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Yang nyata dalam Islam, kita disuruh melindungkan diri daripada syaitan sebagaimana doa yang selalu
dibawa iaitu a’uzubillahi minnas syaitan nir rajim atau saya mohon perlindungan daripada Allah S.W.T
daripada syaitan yang direjam. Bagiamana mungkin Allah S.W.T meminta manusia memohon perlindungan dengan-Nya daripada
sesuatu yang buruk berlaku. Hatta, sering berlaku dalam mana-mana masyarakat di dunia ini berlaku gangguan ke atas manusia
yang tidak diketahui puncanya, atau diketahui puncanya. Untuk menjawab soalan ini, al-Quran sebagai contohnya, Surah as-Saad, ayat 41 (mahfumnya) “Dan
ingatlah ketika hamba kami Nabi Ayub menyeru tuhannya mengadu sesungguhnya Allah, saya sedang
disakiti oleh syaitan dengan berbagai-bagai dan azab sengsara.” Kisah Nabi Ayub yang telah menghadapi penyakit fizikal agak dahsyat ketika itu, berpunca daripada
sentuhan atau penangan syaitan. Dalam Surah al-Baqarah, ayat 102, ayat ini mengkisahkan tentang ilmu sihir yang diajarkan oleh
syaitan kepada manusia. Di antara lain disebut, manusia mempelajari ilmu sihir daripada syaitan itu
yang akan memudaratkan dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dalam hadis sebagai contoh, Rasulullah s.a.w, dalam satu doanya, baginda menyebut suatu perkataan
“memohon perlindungan dengan Allah daripada gangguan syaitan yang boleh menyebabkan kesakitan.” Dalam al-Quranul Karim ada beberapa istilah dengan jelas disebut bahawa makhluk ini boleh menyakiti
manusia dengan berbagai perlakuan sehingga menyebabkan manusia menderita dengan sakit teruk. Antara lain dalam Surah al-Fussilat, ayat 36 (yang mafhumnya) “Dan jika syaitan menganggu kamu
dengan satu gangguan maka pohonlah perlindungan dari Allah, maka sesungguhnya Dia lah yang Maha
Pendengar lagi Maha Mengetahui.” Dalam ayat itu disebutkan “mengganggu atau menyakiti kamu dengan sebarang gangguan atau
kesakitan.” Istilah ‘nazghun’ dalam ayat tersebut diterjemahkan oleh kamus dengan maknanya ditikam dengan
tangan, ditumbuk atau ditendang. Tafsir al-Maraghi dan Tafsir al-Qurtubi, menjelaskan maknanya
sebagai menendang, merasuk atau mencederakan seseorang. Dalam Surah al Baqarah, ayat 275 (mafhumnya) “Mereka tidak berdaya bangun seperti bangunnya
orang yang dicederakan oleh syaitan daripada penangannya.” Istilah dalam ayat ini disebut ‘yatahabbatuhu’, ditafsirkan dengan makna mencekik, menyakiti hingga
meraung kesakitan. Dalam hadis sahih yang menyebut fenomena ‘assar’u’ maknanya syaitan menjadi penyebab berlakunya
kecederaan kepada manusia seperti kesakitan, hilang akal, kebisingan yang melampau dan
sebagainya. Hadis yang diriwayatkan oleh A’ta bin Abi Ribah menceritakan perihal seorang perempuan datang
menemui Rasulullah s.a.w dengan mengadu kesakitan dan kesengsaraan angkara syaitan. Hadis Ya’li bin Murrah menceritakan tentang seorang budak lelaki mengalami penyakit ‘lamam’ (seperti
gila) kerana gangguan syaitan. Hadis Othman bin Abi al-Ass, mengadu kepada Rasulullah tentang kesakitan yang menimpanya
menyebabkan dia tidak dapat bertugas. Rasulullah memberitahu bahawa itu adalah angkara syaitan. Banyak lagi hadis-hadis sahih yang menunjukkan hal-hal sedemikian benar-benar berlaku. Pada saya memang pada pandangan syariat bahawa makhluk halus ini dengan izin Allah juga boleh
melakukan perkara-perkara yang mendatangkan penyakit kepada anak Adam.