Monday, February 3, 2014

AMPUNILAH DOSA KU

Ya Allah, ampunilah dosaku karena Cinta...... Selama ini aku menjadikan cinta manusia adalah
segala-galanya sehingga aku terlupa Cinta dan
RahmahMu yang Maha Besar yang melindungi diriku
selama ini. Engkau mentakdirkan cinta ini agar aku rasa bahagia
lalu merafa'kan kesyukuran padaMu. Engkau mentakdirkan kecewa agar aku menginsafi
cinta manusia tidak sehebat kasih sayangMu. Ampunilah daku Ya Allah kerana lalai dalam
mengingatiMu.... Ya Allah, aku mohon padamu agar dikurniakan
penjaga diriku di Syurga, seorang teman hidup
sebagai suami, seorang lelaki soleh yang memimpin tanganku menuju
ketaatan padaMu, yang mengasihi diriku sepenuh jiwa
raganya, yang mencintai diriku kerana cintanya pada
keredhaanMu, yang bisa menghapuskan air mata
kerana duka dunia, yang bisa melakarkan senyum
kerana bahagia dalam RahmatNya. Aku mohon Ya Allah, hati ini sentiasa bergantung
harapan padaMu dalam soal jodoh ini. Ya Allah, andai Engkau takdirkan tiada jodohku di
dunia, jadikanlah hatiku redha dan sabar akan
pertemuan denganMu di akhirat sana, di mana di hari
yang kekal itu aku mohon agar dapat mengecap
nikmatMu di Syurga, dan bertemu penjagaku di
sana....

No comments: