WAJIB bagi Muslimah untuk mengetahui perkara ini. [1]- Kes 1: Jika melahirkan anak tanpa darah nifas
(eg: kadang kala tiada nifas jika melalui operation)
wajib mandi wiladah (mandi wajib) dan solat seperti
wanita suci pada kadar kemampuannya seperti duduk
dan baring. Bukan tunggu 60 hari. Jika tunggu 60 hari,
wanita ini berdepan dengan dosa besar iaitu tinggal solat selama 60 hari dan WAJIB QADAR
kesemuanya. ## Kes 2: Kalau keluar wiladah tanpa nifas, kena
mandi wajib wiladah dulu. tak lama selepas tu,
selepas sehari ke dua hari ke, baru keluar nifas, kena
mandi wajib lepas habis nifas tu (tempoh nifas
maksimum 60 hari). [2]- Wanita yang melahirkan anak beserta darah nifas
hanya perlu mandi wajib sekali saja. TIADA istilah
mandi dua kali seperti mandi wiladah kemudian mandi
nifas <-- Tiada qoul yang tepat mengatakan
sedemikian.
Contoh diberi berdasarkan situasi begini seperti yang dijelaskan ulama: ## Sifulan buang air kecil (hadas), kemudian terkentut
(hadas), kemudian bersentuhan dengan bukan muhrim
(hadas) kemudian pengsan (hadas). Berlaku 4 kali
hadas dalam satu masa, cukup sekali wuduk untuk
mennunaikan solat, bukan 4 kali wuduk. [3]- Jika wanita mengalami nifas melebihi 60 hari,
darah yang keluar selepas 60 hari adalah
ISTIHADHAH dan wajib baginya mandi wajib untuk
membolehkan solat seperti wanita suci. [4]-Cara mengenal ISTIHADHAH:
a) Untuk mengenal istihadah dalam nifas adalah
Selepas 60 hari daripada tempoh nifas
b) Keluar darah kurang daripada sehari semalam
(tempoh minimum keluar darah dan dikira haid adalah
sehari semalam) c) Qoul pertama mengatakan 15 hari tempoh haid,
selebihnya adalah Istihadhah.
d) Qoul yang kedua mengatakan tempoh haid antara
6-7 hari, selebihnya adalah Istihadhah.
e) Qoul yang ketiga paling senang iaitu melalui
kaedah Tamyiz (perbezaan) iaitu RASA, BAU & WARNA. Kita gunakan situasi wanita mengalami 20
hari keluar darah: ( Contoh Rasa ):-
7 hari rasa sakit (dikira haid) 13 hari tidak sakit
(istihadhah)
## Contoh Bau:-
7 hari berbau busuk (dikira haid) 13 hari tidak berbau
(istihadhah) ## Contoh Warna:-
Warna yang keluar pada mula yang lebih gelap adalah
HAID,
Warna yang keluar lebih cerah dari asal adalah
ISTIHADHAH.
(Contoh: 7 hari darah hitam adalah HAID, 13 hari darah merah gelap adalah ISTIHADHAH. Contoh lain:
7 hari darah merah cerah adalah HAID, 13 hari darah
coklat adalah ISTIHADHAH) ---> Warna ada 5 jenis iaitu HITAM, MERAH PEKAT,
MERAH CERAH, COKLAT & KUNING. Mazhab
Hanafi lebih satu iaitu HIJAU. [5]-Bagi yang KALI PERTAMA mengalami HAID
seawal umur 9 tahun.
(Guna contoh situasi 20 hari juga) a) 1 Qoul mengatakan 15 hari adalah haid, 5 hari
selebihnya adalah Istihadhah.
b) 1 hari adalah HAID, 19 hari adalah ISTIHADHAH. [6]- Jika mengalami ISTIHADHAH, ada kaedah KHAS
untuk BERWUDUK kerana ia tidak sama seperti
wuduk wanita yang bebas dari Istihadhah.
1 qoul mengatakan wanita yang mengalami Istihadhah
hanya boleh berwuduk selepas masuk waktu apabila
azan dikumandangkan. 1 wuduk untuk 1 solat. a) Adapun jika darahnya keluar terus menerus,
apabila masuk waktu solat (kedengaran azan), perlu
dibasuh dengan suci pada farajnya kemudian tampal
dan terus berwuduk walaupun darahnya tetap masih
mengalir (dimaafkan syarak kerana diluar keupayaan).
Kemudian disegerakan solat. Sah 1 solat dengan 1 wuduk. b) Adapun jika darahnya keluar secara sekejap
sekejap dan dia mengetahui bila tempoh darah
istihadhah seterusnya akan keluar (contoh berhenti
sejam keluar sejam), apabila masuk waktu solat
(kedengaran azan), perlu dibasuh dengan suci pada
farajnya dan tidak perlu menampal pad jika tiada darah keluar pada waktu itu, terus berwuduk
kemudian disegerakan solat. Dalam tempoh
istihadhah tidak keluar, 1 qoul mengatakan boleh
solat melebihi sekali (solat fardhu & solat2 sunat yang
lain) dalam 1 wuduk selagi tempoh tidak keluar
istihadhah seterusnya. Jika keluar, hukumnya menjadi semula seperti contoh diatas. [7]- BAB MANDI WAJIB DARIPADA HAID YANG
BIASA.
Cara nak tahu haid itu sudah kering atau habis bukan
sekadar tengok pada pad tetapi kena memasukkan
secebis kain @ cotton bud ke dalam faraj sedalam/
seluas jari (pandangan ulama sepanjang 2 bahagian tulang pada 1 jari). Sebelum memasukkan perca kain
atau cotton bud, perlu dibasuh faraj terlebih dahulu
kerana khuatir darah2 kering yg melekat di tepian faraj
mengelirukan anda ketika memeriksa haid. Jika
masih ada sebarang kesan warna darah atau warna
kuning atau keruh, tidak harus mandi lagi kerana darah haid belum habis walaupun pada pad sudah
tidak keluar, ia masih dalam haid. Jika tiada warna
maka segeralah mandi junub/wajib. Wanita perlu tahu, jika tidak melakukan perkara
sebegini, PAD tidak memenuhi kaedah dalam syariat
Islamiah untuk mengesan haid yang sudah habis
tempoh. Jika hanya percaya pada pad semata-mata,
anda BERDEPAN dengan DOSA BESAR yakni
meninggalkan solat dengan sengaja. P/S: Untuk nombor [4], "c,d dan e" kesemua Qoul
boleh digunakan. Semoga pencerahan ini jelas untuk difahami semua.
Sekian dari Al-Faqir. Ada salah silap tolong tegur.
Semoga bermanfaat, InsyaAllah..
Rujukan sumber: Rujukan HR Imam al-Bukhari dan
Imam Malik Bab Haid, Hadis Saidatina Aisyah, Kuliah
ngaji kitab dan rujukan dari Ustaz2 lain. ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻞ ﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻟﻪ ﻭﺻﺤﺒﻪ ﻭﺳﻠﻢ
ﺍﻟﻔﻘــــــــﻴﺮ ﺍﻟــﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺃﻋﻠـــــــﻢ .
ﺍّﻣﻴـــــــﻦ
ﻡ