Kekuatan menahan tetakan dan tusukan senjata
tajam.
Kemampuan menahan pukulan dan kepanasan
(Kebal Api)
~ Wujudkah Ilmu Hikmat yang sebenarnya dalam
Sejarah Islam? Selalunya masyarakat kita fobia tentang ilmu kebal
kerana sering dikaitkan dengan penggunaan jin dan
lain-lain. Namun untuk renungan umat melayu yang
agak negatif dengan ilmu kebatinan, di sini saya
berikan butiran ringkas Perang di zaman Rasulullah
SAW untuk difikir-fikirkan pada masa lenggang. Jumlah perang bermula tahun 1H-11H, sebanyak 82
kali. Tidak disertai Rasulullah SAW berjumlah 54
kali. Rasulullah SAW sebagai panglima sebanyak 28
kali. Dalam 28 peperangan yang Rasulullah SAW
turun padang, 9 daripadanya berlaku pertempuran
dan 19 kali musuh melarikan diri sebelum bertempur. Dalam 9 kali bertempur hanya sekali tercedera dan
hampir terbunuh iaitu dalam perang UHUD. Masyarakat selalu mengambil iktibar perang Uhud
dan mengaitkannya dengan permasalahan KEBAL.
Bagi sesetengah orang, ilmu kebal dikatakan syirik
dan bid’ah dolalah kerana Rasulullah SAW dan
sahabat pun boleh dicederakan. Ditekankan disini
bahawa Rasulullah SAW dan sahabat pada ketika itu berperang untuk SYAHID DIJALAN ALLAH, oleh itu
kebal dari senjata bukanlah fokus utama mereka
ketika bertempur. Mereka telah dilatih untuk berjiwa Taqwa, Ikhlas dan
Ikhlas yang menyebabkan musuh susah untuk
bertindak ke atas mereka. Atas dasar tiga perkara
tadilah pertolongan Allah sampai kepada mereka. Tentera Islam kalah dan Rasulullah SAW tercedera
dalam perang UHUD adalah disebabkan
penderhakaan (INGKAR) yang dibuat oleh segelintir
tentera Islam ketika itu. Penderhakaan ini telah
menyebabkan penarikan BANTUAN oleh Allah. Oleh sebab kemenangan umat Islam berpaksi
kepada TAQWA, IKHLAS dan TAWAKAL, perang
UHUD menjadi pengajaran kepada orang-orang yang
melanggar perintah nabi dan membelakangkan Allah
SWT. Bagi nabi SAW pula, selaku ketua terpaksa
menerima teguran dari Allah ke atas tentera Islam ketika itu. Begitulah pengajaran yang sepatutnya diambil oleh
masyarakat, kerana jelas dalam perang UHUD,
tentera Islam dengan segala ilmu HAQ di dalam
dada masih tertewas kerana tidak menjaga hubungan
dengan Allah. Ditekankan disini, mengapa kita tak mahu mengkaji
bagaimana dalam lain-lain perang yang dikepalai
Rasulullah SAW, tidak tersebut dalam riwayat
mengatakan tentang kecederaan baginda sedangkan
perang dizaman nabi adalah khusus untuk
membunuh baginda SAW. Dalam satu riwayat menceritakan ketika bertempur
Rasulullah SAW adalah yang paling berani dan paling
di depan. Para sahabat pun berlindung di belakang
nabi kerana rasa dilindungi oleh kehebatan nabi
SAW. Ribuan anak panah yang tertuju kepada nabi
SAW tidak terkena pada nabi dan kebanyakannya tersasar jauh. Bagaimana perkara begini boleh berlaku? Mengapa
sedikit orang yang berani memikirkan hal-hal
kebesaran Allah yang berlaku kepada Nabi SAW? Bagi umat melayu akhir zaman, carilah ilmu
kebathinan dari guru-guru yang muktabar.
Sesungguhnya ilmu ini datang dari dalam Islam
kerana ianya pakaian orang-orang soleh dan para
nabi. Pada akhir zaman, ilmu hitam akan berleluasa,
umat Islam yang lemah ilmu bathin dan kerohanian akan menjadi sangat jauh dari Allah lalu
terjerumuslah mereka ke dalam kekhurafatan dan
kecelaruan dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment