Pendinding benteng diri anda dari
gangguan jin dan syaitan Jin sememangnya makhluk ciptaan Allah yang
sentiasa ada di sekeliling kita. Tidak perlu kita untuk melihatnya. Tidak perlu juga
untuk kita mengada-ngada untuk menjengok ke alam
mereka. Mereka ini sememangnya mahu menggoda,
memperdaya dan memesongkan tujuan sebenar anda
berada di atas muka bumi ini. Anda tentu pernah mendengar pelbagai cerita
tentang gangguan makhluk halus ini di kaca tv ni,
kan? Siap ada filem lagi. Percaya kepada benda-benda ghaib Salah satu dari rukun iman yang kita pelajari adalah
mempercayai benda-benda ghaib. Jin termasuk
dalam kategori ini seperti malaikat, syurga, neraka,
dosa, pahala, Allah dan sebagainya. Jin-jin ini ada yang Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi
dan sudah tentu Muslim. Kehidupan mereka sama
seperti manusia; ada rumah, anak-pinak, berkeluarga
dan sebagainya. Jin Muslim akan berkelakuan seperti manusia
Muslim. Jin kafir berkelakuan seperti manusia kafir.
Hanya alam sahaja membezakan dua makhluk Allah
ini. Jin tidak akan dapat menembusi dunia 4 dimensi
manusia ( 3 dimensi ruang dan 1 ruang masa)
sekiranya laluan antara 2 alam ini tidak dibuka. Dunia
mereka sangat berbeza dengan dunia manusia.
Struktur fizikal dan persepsi mereka melangkaui dari
apa yang boleh diterjemahkan oleh otak kita. Sebab itulah jika anda dengan sengaja atau tidak
sengaja ternampak entiti ini, anda akan berasa takut
dan gerun dengan wajah mereka yang hodoh dan
mengerikan. Muka mereka tidaklah sekacak Aaron
Aziz atau secantik Neelofa. Muka mereka sangat
hodoh dan menakutkan! Eeeerr… Oleh itu, anda memerlukan perlindungan.
Perlindungan dari diganggu oleh makhluk halus ini. Adakah anda memerlukan perisai yang diperbuat dari
besi dan logam-logam terpilih yang ditempa oleh
tukang besi?
Perlukah anda menempah senjata canggih dari
syarikat yang berpengkalan dari Amerika Syarikat
untuk memerangi jin dan syaitan ini? Tak perlu semua itu… malah kalau anda nak cuba
juga, jin dan syaitan ini mungkin akan gelakkan anda
nanti. Jadi, apa sebenarnya perisai yang mampu
digunakan? Tidak lain hanyalah dari kalam suci yang
telah diturunkan oleh Allah iaitu al-Quran. Benteng Diri Anda Dengan Ayat-Ayat Pendinding Ini Terdapat beberapa ayat dan surah yang anda boleh
amalkan. Jadikannya sebagai amalan harian dan
istiqamah dengan apa yang dibaca : Surah al-Fatihah – Ummul Kitab. Juga dikenali
sebagai penawar seribu guna. Anda boleh
melazimkan diri untuk membaca al-Fatihah sebanyak
7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Tetapkan juga
niat agar Allah S.W.T membantu anda melindungi diri
dari gangguan jin dan syaitan. Al-Mu’awwizat – tiga surah yang sering dipanggil
ramai sebagai surah 3 Qul. Ia terdiri daripada Surah
al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. Ia adalah
amalan Rasulullah sebelum baginda tidur pada setiap
malam. Kelebihan surah-surah ini adalah sebagai
ayat-ayat pendinding dari gangguan jin dan syaitan sehingga anda bangun dari tidur.
Ayat Kursi – amalkan membaca Ayat Kursi dari Surah
al-Baqarah ayat 255 ini sebagai pendinding diri dan
juga perlindungan kediaman dan harta benda. Lebih
afdal jika anda mengamalkannya selepas solat Subuh
dan Solat Asar. Surah Yaasin ayat 1 hingga 9 – sering dikaitkan
sebagai hati al-Quran malah banyak hadis dari
Rasulullah yang membicarakan kelebihan yang ada
pada surah Yaasin ini. Ia boleh dibaca sebagai
benteng dan pendinding untuk kediaman. Terdapat banyak lagi ayat-ayat dari al-Quran yang
anda boleh amalkan. Anda juga boleh menggunakan
minyak wangi seperti minyak kasturi kerana jin
sememangnya tidak suka bau wangi. Jin dan syaitan tidak lagi berani mendekati anda.
Mereka lari lintang pukang sebab anda bukan sahaja
membaca ayat-ayat pendinding ini, malah anda
mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Insya-
Allah.
No comments:
Post a Comment