Kawan Zaki, Mat Amin baru balik dari Labuan.
Dia bekerja di pelantar selama enam bulan
sebagai penyelia kimpalan di platform. Apabila
diserang darah tinggi, beliau diarah balik ke
kampungnya di Pahang. “Bila kau sampai dari Labuan?” tanya Zaki. Zaki
juga berada di kampung untuk melihat anak
bininya. Anak bininya memang duduk di
Kuantan manakala Zaki duduk membujang di
Kuala Lumpur. “Baru sampai semalam. Oh ya, aku dengar kau
ada main barang mistik. Betul ke Zaki?” soal
Mat Amin.
“Betul. Kenapa?” soal Zaki pula. “Bos aku orang Cina di Labuan sedang cari
rantai babi (RB),” kata Mat Amin. “Setahu aku RB tidak ada sekarang. Yang ada
badal besi,” kata Zaki. “Barang apa tu? Aku tak pernah dengar badal
besi,” kata Mat Amin. “Badal besi sejenis barang kebal umum juga. Ia
boleh kebal api, tangan tidak terbakar apabila
pegang badal besi ini. Ia juga kebal darurat
macam RB juga,” terang Zaki. “Harga berapa?” tanya Mat Amin. “Nanti aku tanya Ali yang kebetulan ada di
Pontian hari ini,” kata Zaki. Zaki terus hubungi Ali yang berada di Pontian. “Badal besi hari tu masih ada?” tanya Zaki. “Masih ada. Ada orang nak beli ke?” tanya Ali
kembali. “Kawan aku Mat Amin baru balik dari Labuan.
Dia kata bosnya nak beli badal besi. Tapi had
harga yang dia sanggup bayar ialah RM3 juta
sahaja,”kata Zaki. “Kalau harga RM3 juta, kita masih ada RM2 juta
kerana tuannya nak RM1 juta sahaja,”kata Ali.
“Bila dapat urus?” soal Zaki. “Nanti aku pergi rumah tuannya petang ini tanya
bila dapat urus jual beli,” kata Ali. Zaki berada di kampung Esoknya Ali hubungi Zaki yang masih berada di
kampung. Kebetulan pagi itu Zaki sedang
minum dengan Mat Amin. “Tuan badal besi kata bila-bila masa dia boleh
pergi ke Kuala Lumpur,” kata Ali. ”Kau cakap sendiri dengan Mat Amin. Dia ada
dengan aku ni,” kata Zaki. “Assalamualaikum Mat Amin. Saya Ali kawan
Zabidi ada di Pontian sekarang. Petang
semalam saya sudah pergi ke rumah tuan badal
besi. Dia sanggup datang ke Kuala Lumpur bila-
bila masa,” kata Ali. “Mualaikumusalam. Nanti saya tanya bos saya
bila dia sanggup turun ke Kuala Lumpur,” jawab
Mat Amin. Mat Amin terus hubungi bosnya, Agu yang
berada di Labuan. “Jumaat depan saya ada di Kuala Lumpur. Nanti
kita pergi uji badal besi,” kata Agu. “Okay bos,” jawab Mat Amin. Hari Jumaat yang ditunggu pun tiba. Mat Amin
menumpang tidur di bilik Zaki di Kepong. Malam
tadi Mat Amin sampai di Kuala Lumpur dengan
Zaki bersama kereta Persona Mat Amin. Manakala Ali datang dengan tuan badal besi
dari Pontian menaikki bas ekspres Pontian-
Kuala Lumpur mslam tadi. Mereka tiba di
Hentian Bandar Tasik Selatan jam 6 pagi tadi. Dari situ Ali dan Wak Din terus naik komuter ke
Kepong Sentral. Zaki menunggu ketibaan Ali
dan Wak Din dengan Mat Amin di situ. “Apa khabar Wak Din. Sihat?” soal Zaki kepada
Wak Din. “Waras (baik),” jawab Wak Din dalam bahasa
Jawa. “Mana pembelinya?” soal Ali kepada Zaki
sewaktu mereka berada dalam kereta Persona
Mat Amin. “Petang nanti dia sampai di LCCT,” kata Mat
Amin. “Penerbangan pukul berapa?” tanya Ali. “Dia kata penerbangannya belum muktamad
lagi kerana penumpang penuh. Maklumlah
dekat hari raya haji ramai orang balik kampung,”
kata Mat Amin. “Kita tunggu Agu datang,” sampuk Zaki. Oleh kerana mereka bertiga tiada wang untuk
membayar hotel Wak Din, maka Wak Din turut
tidur di bilik Zaki. Bilik Zaki muat empat orang
tetapi mereka tidak selesa kerana bilik itu tidak
besar mana. `Kenapa janji tak tepat’ Pagi esoknya Wak Din tanya Mat Amin, bila
bosnya mahu sampai. “Malam tadi dia sampai di LCCT dan terus
terbang ke Pulau Pinang. Dia pergi tengok
delima merah,” kata Mat Amin. “Kenapa janji tak tepat? Kata nak urus badal
besi dulu, kenapa dia pergi ke Pulau Pinang
pulak?” marah Zaki. “Wak Din tak boleh lama di Kuala Lumpur.
Kalau tahu macam ini, Wak Din tak datang dari
kampung semalam,” sampuk Ali. “Nanti aku hubungi Agu,” ujar Mat Amin yang
malu ditempelak Zaki dan Ali. “Agu matikan telefon tangannya,” sambung Mat
Amin lagi. “Aku beri tempoh sampai jam 5 petang ini.
Kalau Agu tak jawab panggilan, kita batalkan
sahaja. Aku kena hantar semula Wak Din ke
kampung. Wak Din tak biasa naik bas seorang,” kata Ali. Tepat jam 5 petang Mat Amin masih tidak dapat
berhubung dengan Agu. Maka Ali pun terus
balik ke Pontian dengan Wak Din. Wak Din
pulang hampa kerana urusan tidak menjadi. Mat Amin yang malu terus balik ke Kuantan
petang itu juga meninggalkan Zaki sendirian di
biliknya. “Susah betul nak padankan pembeli dengan
pemilik barang,” kata Zaki.
No comments:
Post a Comment