Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga
dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan
diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan
tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga
menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika
tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan
pendinding ayat Al-Quran. Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga
solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir
boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu
kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari
Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir
memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari
kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan
baca tip pencegahan ini. Tips menghalang kecurian. (1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu
seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak
sebagai tebusan). (2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang
terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes
kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis
mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri
bertujuan untuk melindungi diri mereka). (3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah
terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas),
jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut
kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana
mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk
masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya). (4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas
(jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan
ibubapa untuk bersama mereka. (5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam
almari baju (Cara lama ...). (6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case
terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik
untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa
alert). (7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda
suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah. (8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan
asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no
motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan
mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala). (9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang
datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita
bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan
benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada
jiran supaya mereka boleh double check dengan kita. (10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada
di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda
berada di sisi anda ataupun sambungkan satu
extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan
anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda
terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda. (11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan
seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda,
999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini
disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh,
hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda
membuat panggilan telefon. (12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan
kecurian di rumah atau automatik alarm. (13) Lampu porch & lampu belakang rumah
sepatutnya terpasang secara automatik bila malam,
baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti. (14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat
dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu
pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah. (15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat
permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya
ada anggota polis buat rondaan yang kerap di
kawasan anda. (16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau
kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda
perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya
masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan
pencuri). (17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya
pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri
yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu
ada kunci pendua in case berlaku kebakaran. (18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau
baseball di bawah katil anda buat mempertahankan
diri dari pencuri yang ganas. (19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/
alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama
tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang
kita kenal rapat. (20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar
padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama
simpan kunci pendua. (21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda
dengan pekerja asing. (22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu
rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik
lepas 11:00lam).
No comments:
Post a Comment