Diantara kelebihan berselawat bagi umatnya
Rasulullah s.a.w... Dikhabarkan syurga :
Sabda Rasulullah s.aw., ertinya: "Siapa yang
berselawat atasku 1000 kali tiada mati ia hingga
digembirakan (dikhabarkan) baginya dengan
syurga (yang akan dimasukinya)." Tersingkap Hijab dan dimakbulkan doa :
Diriwayatkan oleh Sayidina Ali kw, sabda
Rasulullah s.a.w, ertinya: "Tiada suatu doa kecuali
diantara yang berdoa dengan Allah terdapat satu
hijab(penghalang), hingga yang mendoakan itu
membaca selawat untuk Muhammad, kalau hal itu dilaksanakan, makan tersingkaplah hijab itu dan
dikabulkan doanya." Seluruh makhluk berselawat ke atas orang yang
berselawat :
Dari Ibnu Mulqin r.a, sabda Rasulullah s.a.w,
ertinya: "Barangsiapa berselawat ke atasku,
berselawatlah malaikat ke atasnya. Dan
barangsiapa para malaikat berselawat atasnya, tidak tinggal sesuatu dari langit yang tujuh, bumi,
laut, tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang
ternakan melainkan berselawat atasnya (yang
berselawat itu.)" Dapat pembelaan dari para malaikat :
Sabda Rasulullah s.a.w, ertinya: "Telah datang
kepadaku para malaikat Jibril, Israfil, Izrail dan
Mikail as. Maka Jibril berkata: "Ya Rasulullah!
Barangsiapa membaca selawat atasmu sebanyak
10kali, maka aku akan bimbing tangannya dan bawa dia di atas jambatan (Siratul Mustaqim).
Mikail berkata: "Aku akan sujud kepada Allah dan
tidak akan mengangkat kepala ku sehingga Allah
mengampuninya. Izrail pula berkata: "Aku akan
cabut rohnya sebagaimana aku mencabut roh para
nabi as." Dikenali kerana banyak selawat
Sabda Rasulullah s.a.w, ertinya: " Sungguh akan
dikembalikan ke telagaku esok di hari kiamat
suatu kaum yang aku tidak mengetahui mereka
kecuali kerana mereka banyak membaca selawat
untukku." Ayuh, tingkatkan mahabbah kita kepada
Rasulullah s.a.w..
No comments:
Post a Comment